Monday, 27 September 2010

Belajar Untuk Memaafkan...

Memaafkan...satu perkara yang sangat sukar untuk sesiapa sahaja lakukan, apatah lagi jika kesalahan yang dilakukan itu apatah lagi jika dilakukan oleh orang yang kita percayai.

Namun begitu aku sentiasa mengingatkan diriku yg orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Saturday, 18 September 2010

Jauh di Pedalaman

barisan warga pendidik 
                                                            
8 Februari 2010..mana mungkin aku lupa tarikh ini. Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang tidak pernah aku terjangkau difikiran akan keadaannya. tiada liputan telefon, tiada bekalan elektrik, bekalan air bersih dan segala macam kekurangan yang terpaksa ditempuh. namun aku harus terima kerana inilah apa yang aku pilih selama ini. bertahun-tahun aku menunggu saat ini hingga aku tidak kisah dihantar ke mana-mana saja. rupa2nya aku ditakdirkan untuk mencurahkan ilmu di suatu tempat yg aku pun tidak pernah kenal sebelum ini.



persekitaran sekolah

Monday, 6 September 2010

Kali pertama

salam...


Percubaan pertama memiliki blog sendiri. Mungkin aku agak ketinggalan mempunyai blog tapi tidak mengapa..org kata better late than never. mungkin aku boleh berkongsi sesuatu yg bermakna di sini kepada rakan-rakan. apa yg aku nak mulakan akan aku mulakan. salah satunya sudah pasti tentang peristiwa penting aku msa aku diposting ke pedalaman. kenapa la aku yg terpilih untuk dicampakkan di sini..huhu...nnti aku akan ulaskan apa yg patut..