Friday, 25 February 2011

Selamat Ulang Tahun

Ya, selamat ulang tahun yang ke 33 utk aku..masuk ni dh 2 kali aku smbut bday di dlm hutan belantara ni. Alhamdulilah..Nampaknya umurku bertambah lagi..Syukur ke hadratMu yang Allah kerana mengizinkan aku untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Mu ini. Dan sebagai ingatan, aku dan kawan-kawan meraikannya secara kecil2an di mana lagi kalau bukan ke tempat febret kmi tu..Hertz Chicken la..

sempat juga beli kek 4 slice kat San Francisco. nasib korang la..takde lagi kek sebijik-sebijik kat situ. apa2pun memang sedap walau mahalllllllnyaaaa....sekali-sekala beb..tak ape..janji hati gumbira...kahkah..

apa2pun tengok la gambar2 yg menghabiskan kodak ni..apuuu....nyampah mak...





cuma sempat beli kek slice je..huhu..sory la kawan2..


jangan tiru aksi ini..antara objek penghabis kodak..




objek penghabis kodak..


eskem yang sejuk


carrot cake dan cheese choc yg sedappp..
Semoga Allah panjangkan usiaku dengan keberkatan dan rahmatNya..Amin..

Tuesday, 8 February 2011

Setahun dah aku di sigu

Alhamdulilah..setahun dah aku di sigu ni. macam tak percaya ja aku dah setahun jadi cikgu.Masih segar lagi di ingatan aku first time sampai Bintulu. Nasib baik ada sorg lagi cikgu yang bernama Wilpert. Juga sama kes dgn aku. Mangsa keciciran KPM. apuhaii...sgt menyeksakan waktu itu..Setahun juga kami menderita tak posting2. Ah, lupakan tragedi yang memilukan itu..uhukk..


Aku dan Wilpert tiba awal pagi di airport. cuba call juga GB tapi mmg tak dpt. Kami buat keputusan untuk menunggu saja di Jeti Bintulu. Bayangkan dari jam 8.30 pagi sehingga hampir 1 petang kami di situ. Risau la juga tidak terkira. Akhirnya muncul la sorang cikgu yang ketika itu berbaju merah bertanya. Ini cikgu dayang ka? lalu aku mengiakan. Jom kita masuk bot ekspres. Syukurlah..


masuk bot ekspress kebetulan cuma tinggal satu sahaja seat yang tinggal. fuhhh..nasib baik la ada.kalau tak terpaksa aku n wilpert duduk di bumbung bot ekspres buat kali pertama dalam hidup.macam2 perasaan aku rasa masa tu. tak pernah2 aku alami keadaan ni.tapi aku tak nak fikir sgt sebab terlalu teruja dpt posting..apuhh...lama tau baru dpt kerja gred 41. kawan2 lain dah lama menikmati gaji 41.apa2 pun aku terima. sekurang2nya aku tak perlu memburu kerja lagi setelah banyak ujian ku hadapi..memang bertali-arus. Syukur ya Allah, kali ini Allah telah memperkenankan doaku.


aku call famili bgtau bot ekspres kejap lagi akan bertolak. sayu betul hati aku..huhu...ntah macam mana la keadaan sekolah tu nanti. aku sgt la tidak selesa. sudah la dekat dengan toilet.ada pulak penumpang bawak ayam la, tv la tilam la, kotak la, minyak la..mcm2 bau la pendek kata..


lamanya perjalanan..ada la lebih kurang 3 jam lebih. kami transit di kem binyo atau kem tab..dorang yg cakap nama kem tab.dh sampai bot pulak tak muat..haduiii...aku n wilpert ditinggalkan. cikgu tadi tu dh pegi dulu bawa beg n brg2 kami. katanya nnti mereka akan ambik kami balik..tunggu je la..lebih kurang sejam ada gb ambik kami.sib baik la..muka gb nmpk masih muda tapi ada sedikit garang pada air mukanya..garang ke?


sejam lebih perjalanan..bot tak juga sampai2 ke destinasi..sekeliling sungai adalah hutan belantara, air sungai warna coklat, tunggul kayu balak di mana2..namun aku masih juga tidak ada apa2 perasaan..satu je sebabnya.mcm yg aku cpt tadi..mungkin juga terlalu teruja. setelah sekian lama berendam air mata dapat juga akhirnya aku posting..


bot kehabisan minyak. sib baik ada stok minyak gb bawa. aku selaku penumpang membantu la apa yg patut. tlg pegang corong gb ms dia isi minyak. itu mgkin sumbangan pertama aku agaknya..nyeh..nyeh...


tak lama lepas tu bot pun sampai ke sekolah..akhirnya..bermulala pengalaman aku di sini...dari jauh dapat ku baca papan tanda tertulis sk kuala sigu..tp yg sedihnya terpaksa melalui tanah becak untuk naik ke atas bukit.ada 1 pondok di situ.kami duduk sekejap disambut oleh cikgu2 lelaki..apa la punya malu..dengan kaki aku yg bersalut lumpur, dorg aku tengok tersengih-sengih mcm kerang busuk..aku rasa la...


sekarang baru aku tau dorg tu cikgu azlan, cikgu azeezy n cikgu duin..cet..nyesal aku tersipu-sipu..nyampah lak bila ingat balik.mengapa harus tersipu2 dengan dorang tu...


pastu aku dgn kaki penuh lumpur membawa barang2 ku yg banyak tu ke sebuah rumah kuarter guru perempuan berwarna kuning tak jauh dari jelatung tu juga.aku dikhabarkan akan serumah dengan cikgu kathrina, juga dari samarahan. gb yang cakap. tapi nasib aku tak baik. dia pula tak ada. menurut jiran, dia pergi telefon tak jauh dari rumah panjang. jadi aku diofer oleh jiran tersebut masuk dan mencuci kakiku yg kotor dan comot itu..tq la dida..kerana melayan aku pada hari pertama aku sebagai warga sigu..huhu..


tak lama pastu cikgu kathrina merangkap housemate aku pun datang dengan beberapa staf perempuan yang lain. rupa2nya hanya aku dan kathrina sahaja merupakan bunga di taman..tak bestnya..hari itulah aku kenal dengan mak umang aka tukang masak, florence puyang aku punya ppm, agnes dan alice ppm asrama..sempat la berkenal-kenalan sambil minum-minum sikit..alamak...aku sorang ke perempuan muslim di sini??????