Alhamdulilah..syukur ya Allah. kau panjangkan usiaku hingga aku dpt sekali lagi menikmati ramadan di tahun ini..semoga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik dari ramadan yg sudah-sudah..Rasanya aku sudah menyerap segala tekanan di sini tanpa sebarang masalah. aku harap aku tidak lagi merungut dgn segala kekurangan..mudah-mudahan aku dipermudahkan segala urusan..
aku sudah membiasakan diri berbuka dan berpuasa keseorangan. memangnya aku satu-satunya muslimah di sini..berbuka dgn apa yg ada tanpa sedikit pun ralat dan sedih..aku tidak pernah memikirkan tentang betapa beruntungnya org di bandar menikmati juadah yg lazat2..mungkin juga aku sudah semakin kuat dan matang menghadapi segala cabaran, kesukaran, penderitaan dan dll..alhamdulilah..ALLAH telah memberi aku kekuatan utk mengharungi segalanya..aku tidak bersendrian ya Allah..
Jika diminta berceritan tentang pengalaman pastinya ujian berpuasa di pedalaman sangat berganda situasinya. hari pertama sahaja cuaca panas yang luar biasa, rumahku kehabisan bekalan air, bekalan elektrik dikhbarkan akan dcatu semula..dlm keadaan ini segalanya harus diteruskan. hari pertama berlaukkan sardin dan nasi putih serta air ribena ais.syukur alhamdulilah..segalanya aku terima..
Dengan keaddan persekitaran yang tiada roh puasa, dikelilingi penganut agama lain, terdapat juga staf islam di sini yang tidak berpuasa. ya Allah Kau berilah hidayah kepada mereka..semoga mereka tidak terus hanyut dan alpa..