Friday, 14 October 2011

Bersangka baik



Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.


Bila Dia tidak memakbulkan doamu

,
maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.


Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.



Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya..

Wednesday, 12 October 2011

Let's Change Our Habit & Follow the Sunnah...


Ini antara kata-kata dan perkataan yang sudah terbiasa keluar daripada mulut kita dalam kehidupan seharian terutama apabila bertemu rakan taulan. apa kata mulai hari ini kita ubah perkataan dan keterbiasaan tersebut kepada perkataan yang sepatutnya dituturkan oleh kita sesama muslim agar hidup kita lebih berkat dan dirahmatiNya..Amin..

Kenapa Allah Ketemukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..









Saturday, 8 October 2011

Kalau sudah tiada jodoh ada saja penyebab dan musababnya...


Memang benar, kalau sudah tiada jodoh ada saja penyebab dan musababnya...



Namun sesuatu yg sukar aku terima sejenis manusia yang terlalu mudah lupa...Kalau dulu, susah-senang dihadapi bersama, tetapi apabila berjumpa dengan orang yang sama spesis bangsatnya, hati terlalu mula goyah. tiada lagi istilah menjaga hati, dia akan lari dan kita akan menangis..ditinggal dengan hati yg hancur luluh.itulah manusia yang tiada harga diri, hatinya mudah goyah, nafsu menjadi perkara pertama. bagaimana dengan mudah melupakan seseorang yang pernah mengharungi pahit-getir bersama kini sedang berdarah dan menangis dalam tempoh yang sangat panjang..Aku dilukakan sewenang-wenangnya tanpa hati dan perasaan tanpa maaf dan alasan yang munasabah.bukan maaf yang dipinta malah aku dilemparkan dengan kata nista dan hinaan. diejek dan ditertawa..seolah aku tidak pernah bernilai sedikit pun padanya. sungguh, aku mohon maaf aku belum lagi mampu memberi kemaafan kepada syaitan bertopengkan manusia spt engkau..semoga Allah membalas segala kezaliman yang telah engkau lakukan...dan semoga Allah panjangkan usiaku untuk melihat kebinasaan hidup kau...Amin ya rabbal alamin..










Thursday, 6 October 2011

LESLIE CHEUNG YANG AKU CHENTA

Leslie Cheung dalam kenangan


Leslie..seindah namanya..apuuu..aku membesar bersama kemasyuran megastar hongkong ni..mana mungkin aku lupa betapa aku pernah terlalu obses dengan artis kesayangan aku ni...sayangnya semasa semasa tahun2 awal aku mula meminati leslie aku dan famili tinggal di kawasan yang tiada bekalan elektrik yang sempurna, jauh dari bandar menyukarkan aku untuk menggali info tentang dia. Jadi apa yang aku lakukan ialah hanya sekadar mampu menunggu dan menunggu dari semasa ke semasa kalau-kalau ada chanel tv2 dan tv3 menyiarkan filem lelaki idaman seantero asia dan antarabangsa ini.


aku chenta sangat dengan Leslie!! bila ia bermula? waktu itu umur aku mungkin dalam 10 dan 11 tahun. Aku terpengaruh dengan kakak-kakak aku yang kelihatan sgt excited menonton filem 'A Better Tomorrow'. ada apa dengan filem itu?.aku dapati kak ngah bertepuk tangan dan menjerit LESLIE!!..bila aku melihat wajah itu aku terus jatuh chenta pandang pertama melihat pelakon itu. apuhaiii...sgt menakjubkan wajahnya. Di wajahnya ada 1001 macam ekspresi yang pelbagai. Senyumannya..alahai..cair mak..


Jadi, sejak hari itu, aku sentiasa peka dengan iklan tayangan gambar untuk slot filem dari Hong Kong. Rasanya setiap hari Jumaat malam Sabtu. Pantang saja ada cerita dia aku pulak dah jadi orang paling depan dan terawal di depan tv. tv hitam putih pun jadilah. Aku akan menonton dengan penuh minat dan khusyuk..astaga...aku pun tak faham mengapa begitu sekali penangannya..Betul-betul aku sgt tidak faham...


Antara filem-filemnya yang pernah aku layan pada zaman tu ialah A Better Tomorrow, Last Song in Paris, A Chinese Gost Story, Fatal Love, Once a Thief, The Bride with white hair, Acess go places, Rouge dan lain-lain lagi. Sampaikan kawan-kawan aku pun aku di sekolah pun tahu benda ni. bukan itu saja cikgu aku pun tahu pasal minat aku kat dia ni..Aku pernah kumpul semua artikel-artikel dan gambar dai yang aku jumpa di akbar dan majalah. apa yang ada je la.sebab kawasan pedalaman susah nak dapat bahan bacaan masa tu.


sayangnya di saat aku dan famili sudah berpindah ke bandar, dia telah tiada di dunia..jadi, aku hanya mampu menggali info tentang nya menerusi internet sahaja. layan ja youtube menonton kembali konsert dan filem-filem yang telah aku terlepas selama ini.


oh Leslie...happy birthday yang ke-55..Alangkah bahagianya kalau kau masih hidup..sekurang-kurangnya ada juga usaha yang boleh dilakukan untuk ketemu (angan-angan ko ya). miss u Leslie..si babyface yang sgt gorjes and cute..
                                           


Layan clip favourite aku kat sini.







yang ini pun awesome
                                   


                                 
aku suka lagu ni