Friday, 10 December 2010

adik2 aku yang pengo

pengorian


yay! mcm mana aku boleh mewujudkan entry utk dorg ni? aku ada cerita di sebaliknya. ceritanya bermula begini. aku ditakdirkan utk menerima kehadiran dua org adik pengo disaat aku merasakan akulah anak bongsu dlm family. sorg ppuan dan sorg lagi laki.


adik aku yang pengo ppuan tu...dia paksa aku utk tulis entry ttg dia la pulak..cis..nyampes tul.. very da pengo..selalu nak buat blog tapi msti tak jadi. ntah mcam mana dia buat tak jadi2..dh tu nyusah aku je suh buat 1 entry khas utk dia..aneh tul...
dah la pengo. aku rasa sekian saja utk ko kali ni..ko rasa ada cadangan tak utk aku tulis di sini tentang dirimu tu agaknya?Tekanan tahap 27 darjah celcius aku nak cari idea ttg apa aku nak tuls ttg dia yg pengo tu..ala..dah la pegi la dirimu menonton cita limah mak mostapa pulg ke tg bundong nun..rasanya kutipan tiket dah mencecah 10 juta.


adik pengo laki plak. dia suka buat apa yg dia suka..sgt pengo tahap gunung merapi. muka yg tiada perasaan. blh thn bengis.sudah pandai bercinta sejak akhir2 ini..uwekk..apa2 pun aku doakan ko bahagia dgn awek ko tu..jarang call aku. kalau call pun ada hal kecemasan. contohnya dompet dia perlukan bantuan sokongan. itu saja. rambut yang kerinting hingga encik lanyek pun blh bertapok dgn senang hati..


ok ya jak la utk kali ni..

Aku dan Perkara2 Yang Aku Suka

Hehe...ramai dorg nyampah tgk aku suka sgt ngan benda2 nih..aku suka kumpul bendaalah ni. ntah la kenapa..aku pun kurang pasti. sehingga aku pernah bermimpi mahukan sebuah ruang dlm rumah aku khas utk aku kumpul benda2 ni. kalau jadi mcm kilang pun tak apa. 


alat tulis


kotak cantik






beg comel


buku comel



aku tak kisah. hehe..yg penting aku gumbira dgn benda2 ni disamping aku...lalala...hebatnya...







Aku dan Kaban-kaban

aku dan kaban-kaban @ bot mewah fabian
Entry nie aku buat khas untuk ngutuk kaban2 aku yang baru aku kenal kat sigu tu..hampeh tul aku nih..tapi aku syg korang mcm famili aku sendiri. Sebab korg je yg aku tengok hari2 kat pulau jerjak ni.

Maka arakian ceritanya, apa kata kita start dari cikgu laki dulu..sapa ntah yg nak dimulakan ni...kita mulakan dgn org yg paling sihat dan kuat dulu kot...


wilpert -  wilpert ni teman sebelon dan sebot ngan aku masa first melapor di sigu tu.Dia ni kool gila.   Setakat ni aku tak pernah lagi tgk dia marah. Hatinya sgt lembut..(kalah ppuan). Budak2 bukan main suka kat dia tak kira di mana dia berada. Tagline febret dia ialah "Mana saya letak pen saya tadi owh? Mna saya letak buku tadi? Aku rs dlm sehari plg kurang 56 kali dia tanya soalan tu kat sapa2 yg ada kat bilik guru..huhu..tp wilpert bdk baik. suka mghiburkan org lain..


Duin - Duin ni duk dpn wilpert. Jadi terpaksa la dia jadi nombor 2 dlm carta ni. Cikgu dari Sabah. Dia ni tak byk cakap. Aku boleh kira berapa patah perkataan je yg pernah dia keluarkan bila bcakp dgn aku. Warden asrama  tu..dia bergabung meletop dgn cikgu kath n cikgu aki dlm mengkontrol ketenteraman asrama di wilayah sigu. Kira antara cikgu yg senior di sini. 


Azlan - Pakcik ni dari Sabah juga. mula2 aku sampai aku teruja tengok uban dia. Sgt unik. tak sempat aku nak amik gambar secara dekat. lain kali la kot. Tapi dia baik dan banyak idea.(boleh ka ayat ni?mungkin ayt ni tlalu baik..)Senang bekerjasama dgn dia.. aku harap pas ni dia akan belanja hertz ciken lagi..


Risman - Dari Sabah lagi..lagi2 sabah..apuh..dunia sigu dipenuhi pakcik2 dari sabah..tapi nak buat macam mana. risman ni duk berdepan dan bertentang mata dgn azlan. ngajar LINUS dan cikgu data .tak lama lagi nak kawin. semoga berbahagia ke akhir hayat. banyak tolong lukiskan mural tuk prasekolah. nnti aku msti bagi dia sijil penghargaan sblm dia pindah.


Fairuz - Mamat ni selalu kata dia mamat paling ensem kat sigu. apa2 je la..satu2 nya cikgu dari semenanjung. sgt penting peranannya terutama dlm bab2 belakang tabir sesuatu persembahan. kalau dia takda mksudnya takda la lampu pentas dan pembesar suara berfungsi. aku baru tahu dia anak yatim. kesian dia. semoga dia tabah selalu menghadapi arus globalisasi masa kini. 


Fabian - Ni pun memainkan peranan penting dalam kehidupan kami di sigu. Dia memiliki bot mewah yg sering kami naiki di kala ingin ke bandar bintulu. Klau dia tak ada tak tau la nasib kami. tpksa la kami merangkak dlm gelap meniti titi yg usang utk mengejar bot ekspres di pagi hari. Cikgu ni jiran aku. dh berkeluarga. ada anak 2 org. 


Azeezy - Cikgu ni pun dari Sabah. kami di sigu selalu memanggilnya Liau. kdg2 aku lupa sapa nama dia sebenar. pakcik ni kreatif orgnya. selalu berfikir di luar kotak fikiran org biasa. sering menghasilkan kraftangan di alam maya. kelas dia persis kehidupan fantasi di alam planet.rajin dan komited terhadap kerjaya. dlm ramai2 dia la buat laporan plg tebal. sempoi dan lawak. dorg selalu usik dia terutama pakcik yg sama rumah dgn dia. 
ini je la spesis pompuan kat situ 


kathrina - sama rumah dgn aku. aku dan dia je cikgu pompuan di sini. dah kawin. polis tu suami dia.    aku dan dia selalu mengeluh nak pindah. sampai bila pn tak tau bila dpt pindah. sabo je la kaban..aku rasa ko yg pegi dulu dari aku nnti..huhu..


Cikgu Aki - PKHEM kami yg kool dan plg popular di kalangan cikgu. Plg segak dan bergaya di sini. Kami semua suka dia. cakap pun lembut dan berhemah disamping sikap lucunya yg bersahaja.


So…cukup lah itu je ulasan aku utk kali ni..aku akan hargai segala kenangan ngan korg walaupun kekadang ade yang cukup pahit untuk aku kenang..tp biasa la kat mana2 pun mesti ada pahit dan manisnya..jadi hargailah apa yg ada hari ini..



Thursday, 9 December 2010

Pankek (Resipi 2)

Kat sini saya nak kongsi resipi yang sangat simple tapi sedap. Anak2 sedara bukan main suka makan pankek ni. Bahan2nya senang je. kalau nak cuba silakan.



pinjam jap gambar ni k..


Bahan2:
1. segelas tepung naik sendiri
2. segelas susu segar
3. sebiji telur
4. madu
5. krim
6. butter secukup rasa

Cara:
1. Adunkan semua bahan 1 hingga 3
2. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan butter ke dalam kuali leper
4. Apabila nampak buih-buih timbul di atas pankek tersebut dan dah berwarna kuning sedikit, balik-balikkan  dan angkat.
4. siram dengan madu, krim atau butter (ikut suka)

yummy...selamat mencuba..anak-anak mesti suka makan pankek ni..

Keistimewaan dan Kebaikan Hari Jumaat

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari Jumaat adalah hari hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui".
(Surah Jumaah ayat 9)

Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.

Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka mencatatnya.

Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid, hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.

Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah  mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala nasihat tersebut.

Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." 
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
(Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan".
(Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” 
(Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : 
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” 
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :
  
1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.
  
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya :
"Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
 (Hadis Riwayat Tarmizi)
       
2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
   
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.
    
4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas  

5. Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."


sumber: http://abubasyer.blogspot.com/2010/09/keistimewaan-dan-kebaikan-hari-jumaat.html

Sunday, 5 December 2010

Maal Hijrah


Selamat menyambut Ma'al Hijrah esok. sebelum tu lebih baik kita menyelami apakah maksud Ma'al Hijrah nih.

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (Riwayat Bukhari)

Mi Jawa Usu Modiah (Resipi 1)

nyaman wooo...usu nang bes..

Hmm..bab2 masak ni mmg aku salute kat makcik aku ni. Nama dia Modiah. Aku suka kalau dia ada kat umah. sangat rajin masak. masakan dia pun mmg tak pernah menghampakan. Apa saja dari tangan dia mmg ummphhh la.

ni lah dia punya resipi yang tak mampu dilupakan. terima kasih kepada kat tewa yg membantu menghiasnya khas utk lensa kamera aku..



Bahan-bahannya:

1l air rebusan ayam
150 gm keledek - direbus dan dilecek
150gm daging - direbus dan dihiris nipis
 minyak masak
2 biji tomato - dihiris kecil
2 sudu makan tepung jagung 
150 ml air
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 yang dikisar:
4 sudu makan taucu
40gm udang kering - direndam
3 ulas buah keras
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1cm halia, kunyit hidup dan lengkuas
2 sudu makan kacang tanah goreng
1 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan sampingan:
500gm mee kuning - dicelur
150gm tauge
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris dadu
6 biji telur rebus - di belah 2
2 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 tangkai daun bawang
4 tangkai daun sup
5 sudu makan bawang goreng
5 biji limau kasturi - dibelah 2

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga keluar minyak
2. Masukkan keledek, air asam jawa, air rebusan daging dan air rebusan udang. kacau sekali sekala hingga mendidih
3. Kemudian masukkan campuran tepung jagung dan tomato. Bila kuah mula pekat, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, tutupkan api.
4. Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah panas.


kebaikan vs kejahatan


Sekiranya kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. 

Sekiranya kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 

Sekiranya kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. 

Namun jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji...



Monday, 29 November 2010

Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi . Posted @ www.isuhangat.net

Sunday, 28 November 2010

Ketika Harus Bertahan, Ketika Harus Melepaskan

Assalamu alaykum Warohmatulloh Wabarokatu ...

Dear .. Sahabatku ..

Hidup ini slalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLOH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tau mana yang terbaik untuk hamba NYa .. Bukankah ... "Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Alloh mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqoroh 216 )"

Sahabatku,  Ada perih disudut hati, ketika engkau cerita rentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa Rupanya Alloh ijinkan juga kau tempuh jalan itu Aku percaya, itu suatu "keputusan terakhir" yang terbaik untukmu ...


Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, ... orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan .... tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan karena orang itu berhenti mencintai kita melainkan karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. .....
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu ganteng, cantik, teristimewa dibandingkan dgn yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya".

Ingatlah !!
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru...
* Kita harus melepaskan seseorang karena kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang karena kita menyadari yang ganteng,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang karena kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Ia telah siap memberi yang lebih baik. * Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang karena kepala kita berkata "tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan".
* Kegagalan tidak berarti kita tidak mencapai apa-apa... namun kita telah memahami sesuatu...! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan...!!


"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap" (QS.94:1-8)

Seperti kata orang bijak ...
Kadang Alloh mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum 
mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan
karunia NYA dan belajar daripadanya ...