![]() |
| aku dan kaban-kaban @ bot mewah fabian |
Maka arakian ceritanya, apa kata kita start dari cikgu laki dulu..sapa ntah yg nak dimulakan ni...kita mulakan dgn org yg paling sihat dan kuat dulu kot...
wilpert - wilpert ni teman sebelon dan sebot ngan aku masa first melapor di sigu tu.Dia ni kool gila. Setakat ni aku tak pernah lagi tgk dia marah. Hatinya sgt lembut..(kalah ppuan). Budak2 bukan main suka kat dia tak kira di mana dia berada. Tagline febret dia ialah "Mana saya letak pen saya tadi owh? Mna saya letak buku tadi? Aku rs dlm sehari plg kurang 56 kali dia tanya soalan tu kat sapa2 yg ada kat bilik guru..huhu..tp wilpert bdk baik. suka mghiburkan org lain..
Duin - Duin ni duk dpn wilpert. Jadi terpaksa la dia jadi nombor 2 dlm carta ni. Cikgu dari Sabah. Dia ni tak byk cakap. Aku boleh kira berapa patah perkataan je yg pernah dia keluarkan bila bcakp dgn aku. Warden asrama tu..dia bergabung meletop dgn cikgu kath n cikgu aki dlm mengkontrol ketenteraman asrama di wilayah sigu. Kira antara cikgu yg senior di sini.
Azlan - Pakcik ni dari Sabah juga. mula2 aku sampai aku teruja tengok uban dia. Sgt unik. tak sempat aku nak amik gambar secara dekat. lain kali la kot. Tapi dia baik dan banyak idea.(boleh ka ayat ni?mungkin ayt ni tlalu baik..)Senang bekerjasama dgn dia.. aku harap pas ni dia akan belanja hertz ciken lagi..
Risman - Dari Sabah lagi..lagi2 sabah..apuh..dunia sigu dipenuhi pakcik2 dari sabah..tapi nak buat macam mana. risman ni duk berdepan dan bertentang mata dgn azlan. ngajar LINUS dan cikgu data .tak lama lagi nak kawin. semoga berbahagia ke akhir hayat. banyak tolong lukiskan mural tuk prasekolah. nnti aku msti bagi dia sijil penghargaan sblm dia pindah.
Fairuz - Mamat ni selalu kata dia mamat paling ensem kat sigu. apa2 je la..satu2 nya cikgu dari semenanjung. sgt penting peranannya terutama dlm bab2 belakang tabir sesuatu persembahan. kalau dia takda mksudnya takda la lampu pentas dan pembesar suara berfungsi. aku baru tahu dia anak yatim. kesian dia. semoga dia tabah selalu menghadapi arus globalisasi masa kini.
Fabian - Ni pun memainkan peranan penting dalam kehidupan kami di sigu. Dia memiliki bot mewah yg sering kami naiki di kala ingin ke bandar bintulu. Klau dia tak ada tak tau la nasib kami. tpksa la kami merangkak dlm gelap meniti titi yg usang utk mengejar bot ekspres di pagi hari. Cikgu ni jiran aku. dh berkeluarga. ada anak 2 org.
Azeezy - Cikgu ni pun dari Sabah. kami di sigu selalu memanggilnya Liau. kdg2 aku lupa sapa nama dia sebenar. pakcik ni kreatif orgnya. selalu berfikir di luar kotak fikiran org biasa. sering menghasilkan kraftangan di alam maya. kelas dia persis kehidupan fantasi di alam planet.rajin dan komited terhadap kerjaya. dlm ramai2 dia la buat laporan plg tebal. sempoi dan lawak. dorg selalu usik dia terutama pakcik yg sama rumah dgn dia.
| ini je la spesis pompuan kat situ |
kathrina - sama rumah dgn aku. aku dan dia je cikgu pompuan di sini. dah kawin. polis tu suami dia. aku dan dia selalu mengeluh nak pindah. sampai bila pn tak tau bila dpt pindah. sabo je la kaban..aku rasa ko yg pegi dulu dari aku nnti..huhu..
Cikgu Aki - PKHEM kami yg kool dan plg popular di kalangan cikgu. Plg segak dan bergaya di sini. Kami semua suka dia. cakap pun lembut dan berhemah disamping sikap lucunya yg bersahaja.
So…cukup lah itu je ulasan aku utk kali ni..aku akan hargai segala kenangan ngan korg walaupun kekadang ade yang cukup pahit untuk aku kenang..tp biasa la kat mana2 pun mesti ada pahit dan manisnya..jadi hargailah apa yg ada hari ini..

No comments:
Post a Comment