![]() |
| Leslie Cheung dalam kenangan |
Leslie..seindah namanya..apuuu..aku membesar bersama kemasyuran megastar hongkong ni..mana mungkin aku lupa betapa aku pernah terlalu obses dengan artis kesayangan aku ni...sayangnya semasa semasa tahun2 awal aku mula meminati leslie aku dan famili tinggal di kawasan yang tiada bekalan elektrik yang sempurna, jauh dari bandar menyukarkan aku untuk menggali info tentang dia. Jadi apa yang aku lakukan ialah hanya sekadar mampu menunggu dan menunggu dari semasa ke semasa kalau-kalau ada chanel tv2 dan tv3 menyiarkan filem lelaki idaman seantero asia dan antarabangsa ini.
aku chenta sangat dengan Leslie!! bila ia bermula? waktu itu umur aku mungkin dalam 10 dan 11 tahun. Aku terpengaruh dengan kakak-kakak aku yang kelihatan sgt excited menonton filem 'A Better Tomorrow'. ada apa dengan filem itu?.aku dapati kak ngah bertepuk tangan dan menjerit LESLIE!!..bila aku melihat wajah itu aku terus jatuh chenta pandang pertama melihat pelakon itu. apuhaiii...sgt menakjubkan wajahnya. Di wajahnya ada 1001 macam ekspresi yang pelbagai. Senyumannya..alahai..cair mak..
Jadi, sejak hari itu, aku sentiasa peka dengan iklan tayangan gambar untuk slot filem dari Hong Kong. Rasanya setiap hari Jumaat malam Sabtu. Pantang saja ada cerita dia aku pulak dah jadi orang paling depan dan terawal di depan tv. tv hitam putih pun jadilah. Aku akan menonton dengan penuh minat dan khusyuk..astaga...aku pun tak faham mengapa begitu sekali penangannya..Betul-betul aku sgt tidak faham...
Antara filem-filemnya yang pernah aku layan pada zaman tu ialah A Better Tomorrow, Last Song in Paris, A Chinese Gost Story, Fatal Love, Once a Thief, The Bride with white hair, Acess go places, Rouge dan lain-lain lagi. Sampaikan kawan-kawan aku pun aku di sekolah pun tahu benda ni. bukan itu saja cikgu aku pun tahu pasal minat aku kat dia ni..Aku pernah kumpul semua artikel-artikel dan gambar dai yang aku jumpa di akbar dan majalah. apa yang ada je la.sebab kawasan pedalaman susah nak dapat bahan bacaan masa tu.
sayangnya di saat aku dan famili sudah berpindah ke bandar, dia telah tiada di dunia..jadi, aku hanya mampu menggali info tentang nya menerusi internet sahaja. layan ja youtube menonton kembali konsert dan filem-filem yang telah aku terlepas selama ini.
oh Leslie...happy birthday yang ke-55..Alangkah bahagianya kalau kau masih hidup..sekurang-kurangnya ada juga usaha yang boleh dilakukan untuk ketemu (angan-angan ko ya). miss u Leslie..si babyface yang sgt gorjes and cute..
Layan clip favourite aku kat sini.
yang ini pun awesome
aku suka lagu ni


apuhai lah ko ne maria..RIp jak la..
ReplyDeletesygnya leslie bukan Islam. mun ndak ka dpt juga aku sedekahkan bacaan alfatihah buatnya..doakan aku la maria semoga dpt hasben mcm muka leslie tok..malu2 kucin...
ReplyDelete